Monday, 7 September 2015

Karangan Jenis Catatan (Diari)

 Kami telah menyertai satu lawatan ke rumah anak-anak yatim.
Tulis catatan sepanjang lawatan itu.
   
27Jun2015(Sabtu)
7.00pagi
            Saya bangun awal walaupun tidak bersekolah hari ini kerana saya akan menyertai satu lawatan ke Rumah Harapan,sebuah rumah anak-anak yatim di Shah Alam.Selepas bersiap sedia dan bersarapan dengan keluaraga,ibu menghantar say ke sekolah.
  
8.15pagi
           Setelah semua murid tiba, rombongan kami bertolak ke detinasi kami dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas .Seramai orang murid dan empat orang guru menyertai lawatan yang dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Moral ini.

9.15pagi
             Apabila tiba,kami disambut dengan tangan terbuka oleh penyelia rumah anak-anak yatim itu, Puan Sophie .Beliau membawa kami ke sebuah bilik lalu diberi penerangan tentang kehidupan anak-anak yatim di situ.

10.00pagi
              Kami memulakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah tersebut.Selain itu,kami turut pintu pagar dan melukis mural pada dinding dewan makan.

12.00tengah hari
               Majlis beramah mesra denagn anak-anak yatim diadakan di dewan utama,Kami bertukar tukar persembahan seperti persembahan nyanyian,tarian dan lakonan.Penyampaian hadiah dan cenderamata kepada anak-anak yatim diadakan pada akhir majlis.


1.30petang 
              Selepas mengucapkan selamat tinggal,rombongan kami berangkat pulang ke sekolah.Lawatan ini adalah sangat bermakna kerana banyak memberi pengajaran dan kesedaran kepada kami.

             


Karangan Jenis Fakta (Peranan Komputer Kepada Murid)

       Tulis satu karangan bertjuk "Peranan Komputer Kepada murid"
      

         Komputer ialah media yang penting pada zaman moden ini.Alat ini menjadi keperluan kepada setiap orang termassuklah golongan murid.
       Komputer menjadi sumber maklumat yang penting kepada murid.Kita boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan tepat. Langkah ini dapat membantu murid-murid dalam tugasan dan projek di sekolah. 
      Seterusnya,komputer dapat menyimpan dan mengubah suai data dengan mudah dan cepat.Ribuan data disimpan denagan sistematik dan juga menjimatkan ruang.Data-data ini dapat dirujuk semula pada bila-blia masa.
     Komputer ialah alat komunikasi yang penting.Kita boleh berhubung dengan satu sama lain melalui emel,'skype','facebook','twitter'dan sebagainya.Alat komunikasi dapat merapatkan hubungan antara manusia.
    Murid-murid juga dapat berhibur dan meredakan tekanan minda dengan menonton cakera padat,bermain permainan komputer dan mendengar muzik di komputer.
   Peranan komputer kepada murid memang banyak sekali. Bagaimanapun,kita haruslah bijak memilih program yang sesuai mengikut umur dan juga pandai membahagikan masa.