Tulis satu karangan bertjuk "Peranan Komputer Kepada murid"
Komputer ialah media yang penting pada zaman moden ini.Alat ini menjadi keperluan kepada setiap orang termassuklah golongan murid.
Komputer menjadi sumber maklumat yang penting kepada murid.Kita boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan tepat. Langkah ini dapat membantu murid-murid dalam tugasan dan projek di sekolah.
Seterusnya,komputer dapat menyimpan dan mengubah suai data dengan mudah dan cepat.Ribuan data disimpan denagan sistematik dan juga menjimatkan ruang.Data-data ini dapat dirujuk semula pada bila-blia masa.
Komputer ialah alat komunikasi yang penting.Kita boleh berhubung dengan satu sama lain melalui emel,'skype','facebook','twitter'dan sebagainya.Alat komunikasi dapat merapatkan hubungan antara manusia.
Murid-murid juga dapat berhibur dan meredakan tekanan minda dengan menonton cakera padat,bermain permainan komputer dan mendengar muzik di komputer.
Peranan komputer kepada murid memang banyak sekali. Bagaimanapun,kita haruslah bijak memilih program yang sesuai mengikut umur dan juga pandai membahagikan masa.
No comments:
Post a Comment